Banjir di Selangor, Kenangan Pahit Penuh Hikmah

Spread the love

18 Disember 2021 mencatat sejarah penting dalam Malaysia apabila negeri termajunya iaitu Selangor dilanda musibah banjir. Tanpa ada amaran , episod hujan tanpa henti ini membawa duka dalam hati insan-insan yang terpilih untuk diuji. Cubit peha kanan, peha kiri terasa. Begitulah rakyat Malaysia; derita yang dirasa di kalangan mangsa mengalirkan tangisan di hati setiap yang memandang.

Tidak seperti negeri-negeri lain di Malaysia, hujan di negeri ini datang tanpa petanda akan membawa petaka banjir. Banjir di negeri-negeri pantai timur adalah diklasifikasikan sebagai ‘acara tahunan’. Ini disebabkan oleh kedudukan negeri-negeri pantai timur yang menyebabkan mereka mengalami musim tengkujuh yang agak teruk berbanding negeri-negeri lain.

Musim tengkujuh di negeri-negeri pantai timur serta Johor adalah akibat dari fasa monsun timur laut. Fasa ini membawa tiupan angin yang lebih kencang dan berterusan dari arah timur laut Beberapa siri hujan lebat juga dijangka akan berlaku. Pembaca boleh mendapatkan data tinjauan kaji cuaca di Meteorologi Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Skip to content