Hidup manusia penuh dengan ujian. Seperti permainan komputer, tamat ujian pertama; datang ujian yang lebih besar. semuanya membawa kita ke tahap yang lebih tinggi
Hidup ini tidak sunyi dari diuji. Ada yang diuji dari segi kesihatan, perkahwinan dan kekurangan harta. Jangan kita lupa bahawa kebahagiaan dan kekayaan hidup juga adalah ujian yang lebih sering dilupakan
Dua puluh orang penulis dari pelbagai latar belakang membawa kita menelusuri kisah hidup mereka. Mereka berkongsi bagaimana mereka menghadapi ujian mereka. Ada juga ujian yang menjadi titik perubahan dalam hidup mereka.
Mendengar atau membaca ujian orang lain, kadang-kala menjadi asbab kita sedar bahawa kita tidak seorang diri dalam menghadapi ujian. Kata orang bijak pandai, melihat ujian orang menjadikan kita lebih bersyukur dengan ujian yang dipilih Allah untuk kita.
Kebanyakan kisah hidup dipaparkan dalam buku ini mengisahkan ujian hidup orang-orang yang dikategorikan berjaya dalam hidup mereka.