Nabi Muhammad S.A.W. Insan Teragung Sepanjang Zaman
Sirah Nabawiyah dari siri Fiqh Harakah karangan Tuan Guru Haji Hadi buku yang sangat menarik. Ianya patut dimiliki setiap orang yang mengasihi Nabi Muhammad S.A.W. Malah sesuai bagi sesiapa yang ingin mengenali Rasulullah S.A.W.
Karya Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHH)
Nbi Muhammad S.A.W. pasti dirindui dengan amat mendalam oleh setiap umatnya. Apatah lagi oleh ulama’ yang memahami perjalanan hidup Rasul yang tercinta. Nabi MUhammad S.A.W. diiktiraf oleh masyarakat dunia sebagai individu berpengaruh sepanjang zaman.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (selepas ini akan ditulis sebagai TGHH) melakar rindunya kepada Rasulullah S.A.W. dalam karyanya Fiqh Harakah daripada Sirah Nabawiyah: Set Jejak Nabi Muhammad S.A.W. Buku ini asalnya pernah ditulis sebelum ini dan edisinya ditambah baik pada tahun ini.
Siri buku ini mengandungi tiga jilid. Setiap jilid membawakan pembaca dan pencinta Rasulullah S.A.W. menelusuri kisah hidup Kekasih Allah yang penuh mehnah ujian.
[Keterangan tulisan dalam imej]:
[Mula:]
Sinopsis
Memerihalkan sirah dan ibrah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. bermula dari sebelum kelahiran sehingga penghijrahan Baginda dan para sahabat dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah. Fasa kehidupan ini dinamakan sebagai Marhalah Makiyyah yang menyaksikan bagaimana perjalanan sebelum dan selepas kerasulan yang menghadapi ujian dan cabaran yang hebat.
Tempoh ini adalah sangat penting bagi meletakkan asas kepada pembinaan sebuah tamadun kemanusiaan yang bari di tengah-tengah dua peradaban besar, Rom dan Parsi. Kelahiran Nabi akhir zaman membawa mesej rahmah li a’l-amin(rahmat bagi sekalian alam), menyampaikan Islam ke seluruh pelosok dunia yamg melengkapkan zaman kerasulan sebagai penutup bagi sekalian nabi.
[Tamat].
Beza Edisi lama dengan Edisi Baru
Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah Edisi Lama
Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyah Edisi pertama diterbitkan dalam tulisan rumi oleh Dewan Pustaka Fajar pada 1987.
Apa Bezanya ya…
Bagi pecinta Rasulullah S.A.W. atau sesiapa pun yang berminat untuk mendapatkan bku ini, boleh la klik link di bawah :
https://www.wasap.my/60145149774/SetJejakNabiMuhammadFiqhHarakah
Nanti tekan je Set Jejak Nabi Muhammad: Fiqh Al-Harakah daripada Sirah Nabawiyah. Harganya RM220.00. Terima kasih