
Bukan main lagi tajuk. Padahal kolam ikan keli yang dilawat belakang rumah arwah pakcik sahaja pun. Hihi. Apa pun ciktima tetap suka mungkin kerana jiwa kekampungan ciktima adalah 70%. Yang baki adalah jiwa kebandaran.
Sebenarnya sesi lawatan tu dah lama. Niat asal nak pergi kutip buah rambutan. Waktu tu musim rambutan. Untuk pengetahuan yang bukan rakyat Malaysia, Malaysia ni ada 4 musim juga walaupun terletak di garisan khatulistiwa. Musim-musim tersebut adalah musim buah-buahan, musim denggi, musim banjir dan musim kemarau.
Sementara orang lain kait buah rambutan dan ada juga yang dah tolong kutipkan, ciktima ikut seorang sepupu ciktima pergi ke dusun belakang. Sepupu ciktima, cik M ni nak bagi makan ikan keli peliharaan keluarganya.

Kolam ikan ini ada beberapa bahagian. Ia dibahagi ikut umur dan tumbesaran ikan. Jadi, tak ada lah berebut makanan kan. Kalau tak, selalunya yang besar yang laju dapat makanan. Yang kecil tak membesar-besar.

