Hari tu ciktima ada pergi pesta wau. Ciktima memang suka sangat wau dan layang-layang. Walaupun jarang sangat boleh terbangkan dengan jayanya, tapi wau tetap ada di hati ciktima. :’).
ciktima pergi hari khamis. Taklah ramai sangat orang masa tu. Acara besar-besaran sebenarnya diadakan pada hari jumaat keesokannya. Tetapi tiada rezeki untuk ciktima. Kalau tak, mesti lagi meriah dengan macam-macam lagi jenis wau pelbagai saiz.