Bayisukartidur
Spread the love

Eeee, dak kecik ni ikut waktu UK ke tak tido tido.. Cikna dah ngantuk ni ;” kata Cikna sambil mencubit da mencium pipi anak buahnya. Cikna menjaga anak buahnya kerana ibu bapa bayi itu bekerja shift malam.

Tidurlah sayang papa nak pergi kerja awal esok, ” kata seorang ayah yang bergilir bersama isterinya menjaga bayi mereka yang baru berusia beberapa minggu.

Biasakan dengar macam ni? Nak marah, tak sampai hati sebab comel sangat. Lagi pun bukan faham pun. Sudahnya kita yang tersengguk-sengguk menahan kantuk. Esok pula banyak urusan perlu diselesaikan. Waktu malam kita jadi waktu berjaga mereka.

benderamalaysiadanunitedkingdom
Bendera Malaysia dan United Kingdom
Kredit: google

Apakah punca bayi kita sukar tidur? Ada banyak sebab yang dikongsikan para ibu dan ayah diluar sana. Mari kita tengok satu persatu.

Kembung perut

Bayi yang mengalami kembung perut memang susah untuk tidur.Keadaan yang tidak selesa ini membuatkan bayi akan menangis sepanjang malam. Ibu dan ayah boleh membantu mengurut perut dan tubuh bayi dengan cara yang betul bagi mengurangkan kembung. Apabila sudah selesa pasti mereka akan tertidur dengan sendirinya.

Rutin yang berubah

Ibu dan ayah perasan tak kalau tiba-tiba kita pulang dari perjalanan jauh, bayi akan jadi sukar tidur? Ini kerana pola waktu bayi itu sudah berubah. Jika di rumah sudah ditetapkan waktu tidur, tetapi akibat waktu yang terganggu pola tidur turut berubah.

Keadaan ini biasanya menyebabkan bayi akan mengamuk atau ‘cranky’ kerana tidak selesa dengan perubahan itu. Biasanya bayi akan tertidur ketika dalam kenderaan walaupun bukan waktu tidur mereka kerana sifat kenderaan yang bergerak menimbulkan rasa selesa. Jadi apabila sampai, sudah berubah jadual membuatkan mereka meragam.

bayitidurdidalamkenderaan
Bayi tidur didalam kenderaan
Kredit : pixabay

Tidak mampu tidur sendiri

Ada segelintir bayi yang selalu dibuai atau didodoi untuk ditidurkan. Ada yang ibu dan ayah ada di sisi ketika proses untuk tidur. Dengan ini menyebabkan ada pergantungan pada bantuan untuk tidur.

Keadaan ini menyebabkan bayi tidak mampu untuk tidur sendiri. Jika tiada bantuan yang biasa digunakan, mereka akan susah untuk tidur. Ini selalu berlaku apabila bayi pergi ke tempat yang asing.

buaianbayi
Buaian bayi
Kredit: google

Sekali sekala ibu dan ayah biasakan anak tidur sendiri. Tidak salah manjakan anak, namun perlu beri ruang untuk bayi belajar tidur sendiri juga. Ini akan memudahkan rutin ibu bapa di masa akan datang.

Rangsangan yang tidak diperlukan

Kadang kala di sekeliling bayi yang sedang berusaha untuk tidur, ada banyak rangsangan yang tidak diperlukan. Bentuk rangsangan ini boleh datang dari permainan yang berwarna-warni atau bunyi yang tidak menyenangkan. Warna-warna terang baik untuk merangsang penglihatan bayi tetapi jika tidak sesuai dengan masa, bayi akan sukar tidur.

Bunyi yang terlalu kuat boleh menyebabkan bayi terkejut dari tidur dan menyebabkan mereka sukar tidur semula. Letakkan bayi di tempat yang tenang dan jauh dari potensi bunyi yang mengejutkan. Ibu dan ayah boleh memasang muzik yang lembut bagi menenangkan bayi.

permainanbayi
Permainan bayi
Kredit: pixabay

Ibu dan ayah bolehlah mencuba menjauhi dari perkaa-perkara yang dikongsikan bagi membolehkan anak tidur. Setiap hari kita akan belaajar benda baharu bersama bayi kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Skip to content