Ramadhankareem
Spread the love
Ramadhan tiba
Ramadhan tiba
Marhaban yaa Ramadhan
Marhaban yaa Ramadhan
Marhaban yaa Ramadhan...

Ramadhan itu bulan seribu rahmat. Ramadhan adalah bulan yang diturunkan Al-Quran. Allah berfirman dalam Al- Quran surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:

Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembea (antara yang benr dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilanganNya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.

Al-Quranpetunjuksepanjangzaman
Al-Quran petunjuk sepanjang zaman

Sejuta rahmat

Ramadhan bulan yang membawa sejuta rahmat untuk umat Islam khususnya. Allah menciptakan Ramadhan untuk hamba-hambaNya sebagai salah satu medan ujian untuk mentrabiah diri masing dari segi fizikal dan rohani. Ramadhan salah satu tanda betapa Maha Kasihnya Allah Rabbul Izzati kepada kita.

Ramadan mempunyai aura yang tersendiri yang bukan sahaja dirasai oleh masyarakat muslim, malah masyarakat non muslim. Istimewanya Ramadhan, kita perhatikan ramai yang leka di bulan-bulan yang lain, mula memperbaiki diri menjelang ramadhan. Ini menandakan masih ada secebis iman di hati mereka yang jika dibaja selalu, membuahkan hasil yang indah di akhirat kelak. Semoga kita sama-sama istiqamah dan ditetapkan iman walaupun bukan lagi di bulan Ramadhan.

Puasa yang mendidik nafsu

Puasa adalah tuntutan syariat bagi mendidik nafsu makan dan minum manusia. Puasa yang jika dilakukan dengan asas taqwa boleh mengekang nafsu syahwat dan mendidik jiwa kehambaan dalam diri setiap manusia.

Nafsu jika tidak dikawal, akan membawa akibat yang buruk. Contohnya, nafsu terhadap makanan jika tidak dikawal akan membawa kepada masalah kesihatan seperti penyakit obesiti. Didikan Ramadan ditambah dengan jiwa yang kuat dan konsisten mampu memimpin hawa nafsu ke arah yang lebih baik walaupun setelah tamat Ramadan.

Kebabdagingsish
Kebab daging Shish
Kredit gambar: Pixabay

Mendekatkan diri kepada Allah

Di sebalik beberapa amalan yang disyariatkan di bulan Ramadan seperti puasa serta amalan sunat seperti teraweh, terkandung makna yang tersirat. Salah satu yang jelas di akal manusia adalah bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Apabila nafsu terdidik, lebih senang kita beribadah kepada Allah.

Di dalam khutbah Jumaat pada 19 Jun 2019, disebutkan bahawa Ramadan yang matlamatnya taqwa, asasnya iman dan pendekatannya dua perkara yang berjalan seiring iaitu shiam (mencegah dan menahan) dan qiam (membina). Pendorongnya adalah janji Allah S.W.T untuk melipatgandakan setiap pahala dan kemuncak sasarannya pula pembersihan hati bagi menjelmakan fitrah manusia. Taqwa sebagai piawai yang ditetapkan Allah yang akan memacu umat Islam khususnya dari ‘zero to hero’.

Menjana pahala di bulan Ramadan

Ramadan menjanjikan gandaan pahala yang berlipat kali ganda. Oleh sebab itu, kita juga pasti rasa teruja untuk meningkatkan amalan kita. Antara amalan yang kita boleh lakukan di bulan Ramadhan

  • Menyucikan diri dengan bersolat taubat
  • Memperbanyakkkan membaca Al-Quran serta mentadabburnya
  • Memperbanyakkan amalan sunat seperti solat sunat muakkad
  • Qiamullail di waktu malam setelah tidur sebentar dengan mengerjakan solat sunat tahajud dan solat tasbih
Kelebihan Ramadan

Semoga Ramadan ini menjadi salah satu titik perubahan kita ke arah yang lebih baik.

“Kita hamba Allah bukan hamba Ramadan. Jadikan Ramadan sebagai enzim pengaktif untuk terus istiqamah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!
Skip to content