ciktima
Spread the love

Pernah makan Chocojar? Walaupun nampak macam makanan kanak -kanak, ramai orang dewasa juga menggemarinya. Zaman ciktima masih bersekolah rendah, ada dikeluarkan makanan serupa dengan chocojar. Kawan-kawan pernah makan makanan ringan jenama Nyam-nyam? Punyalah teringin dahulu, ciktima sanggup kumpul duit untuk beli Nyam-nyam ini.

Nyamnyam
Nyam-nyam
Kredit: google

Kalau ada terjumpa lagi, teringin nak beli. Sambil-sambil mengenang zaman kanak-kanak yang riang tanpa masalah, dapatlah melepas rindu kepada Nyam-nyam ini.

Ciktima dah cuba buat chocojar yang menyerupai nyam-nyam ini. Kita turunkan resepi disini ya. Kawan-kawan boleh mengubah resepi ini mengikut selera.

Bahan-bahan

  • 500 g bubble rice
  • 1.25 kg milk chocolate compound
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara-cara

  1. Sangaikan bubble rice sehingga rangup. Ketepikan
  2. Menggunakan kaedah double boil, cairkan coklat sehingga cair keseluruhannya.
  3. Masukkan minyak masak dalam coklat. Sebatikan.
  4. Masukkan bubble rice yang telah sejuk ke dalam balang
  5. Tuangkan coklat yang telah cair tadi. Anggarkan supaya cukup untuk menyaluti bubble rice di dalam balang.

Nota: Pastikan coklat menyejuk sedikit pada suhu bilik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!