
Kasihankan bila kita tengok bayi dan kanak-kanak batuk. Dengan saiz badan yang masih kecil, bila batuk berulang kali; ianya lebih menyedihkan. Di sin ciktima ingin berkongsi beberapa petua untuk menghilangkan batuk bayi.
1. Rehat secukupnya
Ibu dan ayah perlu memastikan anak mendapat rehat secukupnya. Elakkkan dari keluar ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai kerana ada risiko-risiko yang akan menyebabkan penyembuhan anak menjadi lambat. Ini juga akan mengelakkan mendapat jangkitan yang lebih teruk serta mencegah orang ramai dari mendapat jangkitan.

2. Tepuk percussion
Lengkungkan sedikit tapak tangan anda, tepuk depan dan belakang badan anak anda secara perlahan dan berulang-ulang. Ini akan melonggarkan kahak di dalam dada anak anda.

3. Mandi lemon
Campuran lemon dan madu sangat baik untuk orang dewasa bagi membantu mengurangkan batuk. Namun bagi bayi dan kanak-kanak, digalakkan untuk dimandikan dengan air lemon . Madu adalah tidak digalakkan untuk peringkat umur bayi.

4. Urutan
Urutan di tubuh bayi akan mententeramkan perasaan bayi yang sedang sakit. Tidur menjadi lebih lena malah ikatan emosi antara bayi dengan ibu dan ayahnya lebih erat.

5. Sedut hingus
Ada bermacam-macam alat penyedut hingus boleh didapati di farmasi dan klinik. Terpulang kepada keselesaan ibu dan ayah untuk memilih.

6. Jaga pemakanan
Ini mungkin kekangan yang dihadapi oleh ibu tetapi tidak salah mencuba. Ayah sangat digalakkan bekerjasama dengan ibu. Pemakanan yang sihat terbukti membantu untuk mengurangkan batuk pada bayi dan kanak-kanak. Susu ibu juga berupaya memberi khasiat terbaik untuk anak-anak.
