ciktima
Spread the love

Bahan A

  • Butter 390 g
  • Kuning telur 6 nos

Bahan B

  • Putih telur 6nos
  • Gula kastor 340g

Bahan lain

  • Air daun pandan 1 gelas
  • Susu segar 1 gelas
  • Pewarna hijau epal
  • Perisa pandan
  • Tepung gandum 400 g
  • Serbuk penaik 1 sudu kecil
  • Soda bikarbonat 1/2 sudu kecil
  • Perisa vanilla

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 150 Celcius (oven ciktima)
  2. Pukul bahan A dengan mixer sehingga berubah warna atau kembang
  3. Pukul bahan B dengan mixer dalam mangkuk yang lain sehingga berbuih.
  4. Di dalam bekas yang lain, campurkan tepung gandum; serbuk penaik dan soda bikarbonat. Adukkan sempurna kemudian ayak.
  5. Masukkan perisa vanilla dan perisa pandan dalam bahan B. Kacau sebati.
  6. Masukkan campuran bahan B ke dalam bahan A. Pukul hanya hingga sebati.
  7. Bahagikan campuran tepung gandum tadi kepada 3 bahagian. Masukkan 1/3 yang pertama kedalam campuran bahan A dan B tadi.
  8. Kacau sebati menggunakan senduk kayu.
  9. Masukkan air daun pandan yang telah ditapis. Kacau.
  10. Masukkan bahagian kedua campuran tepung gandum. Kacau menggunakan senduk kayu.
  11. Masukkan susu segar. Kacau sebati. Boleh cuba menggunakan santan segar.
  12. Masukkan bahagian terakhir tepung gandum. Kacau sebati
  13. Masukkan pewarna hijau epal pada kepekatan yang diingini. Masukkan juga perisa pandan sehingga mendapat takat rasa yang diterima. Perisa pandan jika dimasukkan terlalu banyak akan menyebabkan rasa pahit.
  14. Kacau sebati pastikan tiada ketulan.
  15. Tuang adunan di dalam loyang yang telah dilapik kertas pembakar.
  16. Bakar di dalam oven pada suhu 150 celcius selama 1 jam. Suhu oven bergantung kepada keupayaan oven masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!