Dulu kalau jalan- jalan di pasar raya atau pusat beli belah, ciktima suka pergi bahagian penjagaan diri dan haruman selain bahagian bakeri. Ciktima suka belek-belek produk sabun badan terutama yang ada menjamin kesegaran tubuh selepas menggunakannya.
Ada juga produk yang menjamin penghapusan bakteria dan sebagainya. Paling seronok bila ada sabun yang dijamin boleh bersifat sebagai aromaterapi yang akan menenangkan si pemakai selepas menggunakannya. Di usia kanak-kanak, selalu rasa ingin tahu bahan apa yang boleh menenangkan? Pelik juga ya.. Selalunya pasti ada gambar si ungu ini.
Mengenal lavender
Lavender berasal dari keluarga tumbuhan berbunga dari keluarga pudina, Lemiacae. Selalunya ditanam di kawasan Mediterranean dan timur Afrika, lavender dikatakan boleh bertindak sebagai penghalang nyamuk semula jadi. Tumbuhan ini senang dijaga di tempat yang kering dengan pengairan yang baik serta memdapat sepenuhnya cahaya matahari.
Tumbuhan istimewa ini mempunyai pelbagai kegunaan dari daun, kudup dan juga menghasilkan madu. Disebutkan pada zaman dahulu, lavender dijadikan sebagai jem dan di jadikan teh. Sekarang lavender digunakan dalam industri kulinari bagi penghasilan produk seperti kek cawan berperisa lavender.
Antara kegunaan yang dijumpai adalah merawat serangan panik(anxiety) dan insomnia. Selain itu ia dikenal pasti dapat mengurangkan sakit kepala dan sakit gigi.
Ekstrak lavender banyak digunakan dalam produk penjagaan badan seperti syampu atau buih mandian. Sering kali buih mandian yang mengandungi lavender dikatakan boleh berfungsi sebagai aroma terapi. Antara jenama di Malaysia yang ciktima tengok menggunakan lavender adalah Palmolive.
Minyak Pati Lavender
Minyak pati atau lebih dikenali sebagai ‘essential oil’ boleh diekstrak dari pelbagai jenis tumbuhan. Setiap minyak pati ekstrak tumbuhan mempunyai fungsi berbeza-beza. Pada waktu ini, kajian demi kajian dilakukan untuk mengetahui fungsi miyak pati yang boleh membantu sebagai alternatif kepada perubatan moden.
Penghasilan minyak pati mengambil kira banyak faktor dan langkah-langkah yang perlu diiikuti. Ciktima sertakan proses penghasilan minyak pati dari tumbuhan lavender ini.
Sebarang minyak pati tidak boleh diganakan sebarangan tanpa panduan dari pakar. Minyak pati mempunyai kepekatan yang tinggi dan berbahaya bila digunakan secara terus pada kulit. Selalunya apabila minyak pati digunakan sebagai bahan asas pada sesuatu produk, minyak pati itu telah dicairkan hingga takat kepekatan dos yang selamat dan sesuai pada pengguna sasaran.