Bayi baru lahir masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan dunia yang baru dijejakinya. Fisiologi tubuh bayi tidak sama dengan fisiologi tubuh manusia dewasa. Oleh itu penting untuk kita memahami keperluan fisiologi si manja kita.
Selalu ciktima tengok anak-anak buah ciktima kembung perut sampai menggeliat-geliat dan menangis dengan kuat. Bila sudah ada beberapa orang anak buah, ditambah dengan perkongsian pengalaman ibu ciktima, sedikit sebanyak ciktima tahu apa sebabnya. Banyak juga ciktima dapat tahu cara-cara untuk meredakan kembung si manja yang comel tu.
1. Jenis susu yang diberikan
Sesetengah bayi dan orang dewasa mengalami ‘lactose intolerance’ atau dalam bahasa mudahnya adalah alahan kepada laktosa. Laktosa adalah sejenis bahan dalam susu yang perlu dicernakan oleh sejenis enzim dalam tubuh manusia. Sistem percernaan si manja yang masih muda juga boleh menyebabkan percernaan susu yang tidak semprna; yang membawa kepada ketidak selesaan perut.
Ada penyelesaian untuk masalah ini. Ibu dan ayah boleh menukar susu formula biasa kepada susu yang tidak mengandungi laktosa. Ciktima percaya ibu dan ayah lebih berkemahiran ketika mencari keperluan si manja. Biasanya pada bungkusan pek susu, ada dinyatakan sama ada produk itu mengandungi laktosa, kekacang atau soya.
2. Cara penyusuan yang betul
Sama ada bayi menyusu secara terus atau menyusu terus, pastikan cara penyusuan yang betul. Bagi bayi yang menyusu dengan botol, puting yang digunakan hendaklah sesuai. Elakkan udara terperangkap di dalam puting botol susu bagi memastikan si manja tidak menelan susu bercampur gelembung udara.
Bagi si manja yang menyusu terus dari ibu, teknik lekapan mulut bayi juga perlu dilakukan dengan betul. Pasti ibu-ibu sekalian sudah belajar secara teori dari kelas antenatal dan dari para jururawat serta doktor sebelum bersalin kan? Ibu-ibu bolehlah bertanya kepada mereka atau orang yang lebih berpengalaman untuk praktikal pula. Pasti mereka gembira untuk membantu.
3. Sendawakan bayi
Inilah antara bab penting selepas tamat rutin menyusukan si manja. Dengan teknik yang betul, tepuk perlahan bahagian belakang badan si manja.
4. Urutan I Love You pada bayi
Ibu dan ayah pasti pernah dengar kan tentang urutan ‘I love You’ ? Haa, urutan ini boleh membantu angin keluar dari badan si comel kita. Urutlah secara lembut, si manja pasti suka.
Di sini ciktima sudah berkongsi beberapa teknik untuk mengurangkan kembung bayi. Setiap bayi adalah berbeza-beza, terpulang untuk ibu dan ayah memilih cara yang terbaik untuk anak mereka. Sedikit kata -kata dari pegawai farmasi bahagian perkhidmatan farmasi negeri Perlis, Puan Farah Norashiyqin Abdul Hamid dalam ruangan Sihat akhbar harian Metro bertarikh 16 Julai 2017 :
Selalunya keadaan seperti ini berlaku beberapa kali dalam seminggu. Bagaimanapun ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah kembung ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar kerana penyusuan yang semakin baik.
Selamat mencuba ibu dan ayah !. Kerjasama antara ibu dan ayah pasti akan membuahkan hasil lebih baik.